Produk-produk dibawah adalah Pakej lengkap A-Z pokok merangkumi semua aspek tumbesaran pokok. Bahan kandungan adalah berkualiti.
NB: Harga runcit dikemaskini pada 1/5/2021
Pencinta memasarkan produk-produk rakan strategik seperti berikut:
APA ITU ORGANIK???
Perkataan ‘organik’ bermaksud cara makanan tersebut dihasilkan iaitu melalui proses semula jadi sepenuhnya dan mesra alam.
Makanan organik terbahagi kepada dua jenis iaitu tumbuhan dan haiwan.
APA ITU NPK???
Maksud NPK pada baja, elemen yang terdapat di dalam kandungan baja iaitu, (N) ialah Nitrogen, (P) Phosphorus dan (K) mewakili Kalium ataupun Potasium.
Contoh : NPK 16 : 16 : 16
Baja yang saya beli terkandung perkara berikut:
- Nitrogen 16%
- Phosphorus 16%
- Kalium 16%
Jumlah kesemua nutrien yang terdapat di dalam baja ialah 48%. Persoalannya, mana pergi lagi 52% untuk genapkan kepada 100%?
Baik, di dalam setiap bungkusan baja, terdapat juga elemen lain yang disebut lengai seperti tanah dan juga pasir. Elemen ini yang menggenapkan kuantiti kepada 100% dari baja. Yang diserap oleh pokok, ialah sumber NPK, Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Boron (B), Manganese (Mn)
Keterangan Unsur Nitrogen (N)
Nitrogen (N), merupakan unsur yang bertindak untuk pembesaran daun tumbuhan dan tanaman. Nitrogen terdapat di dalam ruang udara dan juga di dalam tanah. Kesemua tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang berdaun hijau menggunakan Nitrogen.
Klorofil adalah bahan yang terkandung di dalam daun hijau berfungsi untuk tujuan Fotosintesis membina struktur daun dari pengambilan Nitrogen. Walaupun kandungan Nitrogen tinggi di dalam udara, tumbuhan tidak dapat melakukan serapan melalui udara, sebaliknya tumbuhan serap Nitrogen yang dibekal melalui tanah iaitu baja yang mengandungi unsur (N).
Kesan Kekurangan Nitrogen (N)
- Tumbuhan yang kekurangan Nitrogen (N), akan mengalami masalah daun berwarna kuning bermula dari bahagian pucuk dan perlahan-lahan akan kuning ke seluruh daun.
- Tumbuhan yang kekurangan Nitrogen juga, akan terbantut dalam proses tumbesaran.
Kesan Terlebih Nitrogen (N)
- Tumbuhan yang mempunyai Nitrogen yang tinggi, akan mengakibatkan daun akan menjadi begitu banyak dan berat sehingga menyebabkan batang tanaman tidak stabil dan akhirnya patah.
Keterangan Unsur Phosphorus (P)
Phosphorus (P), merupakan unsur yang bertindak untuk pembesaran akar bagi setiap tumbuhan. Phosphorus dapat menyihatkan sistem akar tanaman dan mencambahkan akar kepada keadaan yang lebih baik. Akar yang subur mampu lakukan serapan segala nutrien yang terkandung di dalam tanah melalui sel kutikel yang aktif pada hujung akar.
Phosphorus juga berperanan untuk menggalak tumbuhan berbunga apabila tiba waktunya atau pada peringkat reproduktif. Peranan Phosphorus sememangnya signifikan di dalam penghasilan bunga dan buah dan ianya juga hasil dari bahan yang mereput seperti hidupan dan tanaman yang telah mati.
Kesan Kekurangan Phosphorus (P)
- Daun pada tumbuhan atau tanaman akan kelihatan kekuningan dan tidak segar.
- Tanaman kurang berbunga
Keterangan Unsur Kalium (K) – Potasium
Kalium (K), atau lebih dikenali sebagai Potasium, amat penting untuk tumbesaran setiap jenis tanaman. Kalium juga membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah.
Unsur Kalium (K), adalah kunci kepada pembentukan Clorophyl dalam daun. Baja yang terkandung unsur Kalium kebiasaannya diberikan kepada tanaman yang melepasi peringkat Vegetatif.
Kesan Kekurangan Kalium (K)
- Kekurangan Kalium akan menyebabkan bunga serta buah yang bersaiz kecil atau terbantut.
- Tumbuhan akan kelihatan tidak sihat dan lemah.
Kebaikan Kalium (K)
- Kalium dapat membantu tanaman melawan pelbagai jenis penyakit.
- Mempercepatkan proses pembesaran tanaman.
Baja
ORGANIK BEBAS NAJIS HAIWAN
1) Baja Organik 25kg/beg. Harga runcit RM35.00/beg
Bio Organic Compost + MgO + TE (High Humic and Fulvic Acid)
With Biocontrol properties
Non chemical organic compost.
Soil conditioner
2) Baja Kimia Compact (baja subur) 25kg/beg. Harga runcit RM69.00/beg
Premium
15-15-15-2-3S
Tanpa klorida
3) Baja Kimia Compact (baja buah) SOP base 25kg/beg. Harga runcit RMXX/beg
Premium
8:5:20-2-8S+B 0.5
Tanpa klorida
Kehabisan stok
4) Baja Kimia Compact (baja sawit) MOP base 25kg/beg. Harga runcit RM52.00/beg
Premium
10-5-25-2+B0.5
Foliar
1) Foliar cecair (baja daun) 4 liter/botol. Harga runcit RM150.00/botol
11-8-6+2 MgO + TE with Non-ionic surfactant
Teknologi Kanada
2) Foliar cecair (baja daun) 1 liter/botol. Harga runcit RM45.00/botol
11-8-6+2 MgO + TE with Non-ionic surfactant
Teknologi Kanada
5-8-10+2 MgO + TE
With Non-ionic Surfactant
Teknologi Kanada
5-8-10+2 MgO + TE
With Non-ionic Surfactant
Teknologi Kanada
Trichoderma
1) Trichoderma serbuk 1 liter/botol + Air gula merah set. Harga runcit RM195/botol set
Ejen Biokawal Super
Untuk tanah dan tanaman
Berkesan terhadap penyakit Kulat dan Bakteria
Untuk mencegah, mengawal dan merawat pathogen tumbuhan dan tanah
Makronutrien ialah elemen penting ynag digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dalam kuatiti yang besar untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Setiap unsur-unsur ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk nutrisi tumbuhan. Makronutrien utama ialah Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potash (K), Sulfur (S), Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). FUNGSI UTAMA KALSIUM :- 1. Amat diperlukan utk pertumbuhan meristem hujung pucuk & akar 2. Penting di dlm pembentukan dinding sel tumbuhan 3. Perlu di dlm proses fotosintesis 4. Aktifkan enzim di dlm metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein & asid amino 5. Berperanan di dlm pembahagian sel dan pertumbuhan tanaman dgn membantu di dlm penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman 6. Membantu di dlm proses mematangkan stem 7. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit 8. Mengatur di dlm penutupan & pembukaan liang stomata 9. Memperbaiki tekstur buah FUNGSI UTAMA BORON :- 1. Diperlukan di dlm penguraian karbohidrat 2. Penting utk pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk 3. Perlu di dlm proses fotosintesis 4. Aktifkan enzim di dlm metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein & asid amino Peranan utama boron berkaitan dengan: Metabolisma karbohidrat Menggalakkan pertumbuhan akar Sintesis protein Pembentukan biji benih Pembentukan dinding sel Kadar Pembentukan dinding sel Pengangkutan kanji İntegriti membran Pendebugaan dan persenyawaan Metabolisma sid nukleik Pengligninan Respirasi
Michoriza
1) Rhizagold 20kg. RM140/beg
Ejen penggalak akar
Cuka Kayu
1) BM King Hydro Plus (Kuning) 4 liter. RM75/botol
Hubungi 019-3513188 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan