Ahad, 15 November 2020

Biodata AJK dan Pakar/Mentor

AHLI JAWATANKUASA 2020 - 2022


PENGERUSI - DATUK ROZLAN BIN RAZALI [63 TAHUN]


Datuk Haji Rozlan adalah graduan dari London School of Economics (LSE), United Kingdom dan juga lulusan ACCA, United Kingdom. Beliau telah ditawarkan berkhidmat dengan Petronas sejak tahun 1992 dan pencen juga dari Petronas pada tahun 2016. Semasa di Petronas, beliau telah di latih untuk mengurus pelbagai bahagian dari Perakaunan, Operasi dan Pelaburan. Jawatan terakhir beliau di Petronas adalah Pengurus bahagian Perniagaan Antarabangsa. Datuk Haji Rozlan mempunyai pengalaman luas dalam sektor petroleum dan gas.


TIMBALAN PENGERUSI - TS. DR YUSRI BIN ARSHAD [48 TAHUN]


Ts. Dr. Yusri bin Arshad mempunyai pengalaman kerja selama 25 tahun selepas Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Glamorgan (South Wales), United Kingdom pada 1995. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perakaunan dan kewangan serta pengurusan di syarikat Berhad dan Sdn Bhd selama 13 tahun sebelum berkecimpung dalam bidang ICT dan audit. Beliau telah menjadi perunding audit SOX 404 di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 2007. Ts. Dr. Yusri telah mula melakukan penyelidikan sejak mula bekerja di Fakulti ICT, UIAM pada tahun 2006 dan melanjutkan pengajian PhD pada 2007. Sejak mendaftar PhD, beliau melakukan banyak penyelidikan projek berkaitan bidang Sistem Maklumat dan Teknologi Maklumat bersama penyelia dan penyelidik-penyelidik di KICT dan UIAM. Setelah tamat PhD, beliau mendapat tawaran berkhidmat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT). Beliau mahir dalam pengurusan, ICT, perakaunan dan kewangan dalam pelbagai sektor termasuk durian komersial.


NAIB PENGERUSI - DATUK SHARUDDIN BIN YUSOF [56 TAHUN]


Dato Sharuddin bin Yusof adalah merupakan bekas kakitangan di Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka LKWJ. Latarbelakang Pendidikan Diploma dalam Pengurusan Projek, UMP. Sekarang beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan di Syarikat sendiri iaitu PUM Global Resources Sdn Bhd yang terlibat dengan Industri Pembinaan dan Pemaju Perumahan. Beliau berpengalaman dalam permohonan Tanah Kerajaan Negeri untuk dimajukan dalam sektor Pembangunan Perumahan dan Industri. dengan minat yang mendalam, beliau telah memulakan projek penanaman kebun durian di Pahang. Pengalaman beliau dalam badan-badan NGO adalah seperti i) Timbalan Presiden Malaysian Numismatic Society, ii) Presiden Kelab Warisan Numismatik Malaysia, iii) Ajk Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, dan iv) Ajk Persatuan Rehda Pahang.


SETIAUSAHA - TUAN YUSRI BIN DAUD [50 TAHUN]


Tuan Yusri Daud mempunyai pengalaman kerja selama 30 tahun dan berpengalaman luas dalam bidang jualan dan penanaman durian dan alat jentera. Paling menarik adalah beliau pernah menyertai PDRM sebelum bertukar kerjaya kepada jualan alat ganti kilang sawit dan jentera berat di Segamat, Johor selama hampir 20 tahun. Kemudian beliau mula menceburi bidang penanaman durian sejak tahun 1990 dengan anak benih yang dibekal oleh jabatan pertanian. Beliau telah menjual pelbagai jenis durian dan mencipta kaedah untuk durian tahan lama. Salah satu nya adalah kaedah sejuk beku durian untuk dihantar ke Lembah Klang.


PENOLONG SETIAUSAHA - TUAN MOHAMAD HANIZAR BIN SAMAT [39 TAHUN]

Tuan Mohamad Hanizar dilahirkan di Beseri, Perlis dan kini mengusahakan penanaman padi dan buah-buahan di Beseri. Beliau tamat pengajian dari Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani. Beliau juga mengusahakan gerai makan sebelum memulakan tanaman durian. Walaubagaimanapun, minat beliau lebih kepada pertanian. Sejak kecil beliau telah membantu ayahnya dalam pertanian. Bagi melangsungkan tanah peninggalan almarhum ayah beliau, tanah tersebut diusahakan dengan tanaman padi dan durian serta buah-buahan.


BENDAHARI - TUAN MOHD NAZEB BIN MAROF [39 TAHUN]

Tuan Mohd Nazeb berpengalaman luas dalam industri pembuatan baja dan penanaman sawit dan durian. Sejak kecil beliau telah membantu ibubapa beliau mengusahakan sawit dan durian di Johor. Kemudian beliau ingin belajar lanjut pembuatan baja dan telah memohon bekerja dengan Felda Group Ventures Fertilizer (FGVF). Di situlah beliau mendalami cara kerja pembuatan baja di FGVF terutama sekali pembuatan baja butiran keluaran FGVF fertilizer. Beliau telah berkhidmat di FGVF yg dahulu dikenali FPM Sdn Bhd selama 21 tahun. Pengalaman luas penanaman kelapa sawit dan durian membolehkan beliau mengusahakan kebun durian komersial pada masa sekarang.


AJK 1 - Biro - TUAN MOHD NOHAN BIN SALIM [57 TAHUN]


Tuan Mohd Nohan mempunyai pengalaman luas di bidang pengurusan bangunan dan pelaburan. Sejak tamat pengajian tinggi, beliau telah menyertai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga kini. Jawatan terkini beliau di KWSP adalah Pengurus Cawangan KWSP. Mempunyai hobi yang aktif iaitu memanjat bukit dan gunung di masa lapang. Kini beliau bergiat aktif dalam pelaburan hartanah dan merancang untuk membina resort dan ladang durian. Beliau mempunyai pengalaman kerja selama 35 tahun dalam pelbagai bidang.


AJK 2 - Biro - TUAN RAMLI BIN ISMAIL [53 TAHUN]


Tuan Ramli merupakan seorang graduan bidang Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau kini adalah Pengarah Urusan  bagi tiga buah syarikat  pembinaan milik beliau sendiri. Beliau telah membina kerjaya dalam bidang pembinaan sejak 30 tahun yang lalu. Pada tahun 1990, beliau telah menyertai RME Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat Kontraktor Pembinaan Kelas A yang beralamat di Kuala Terengganu dan bertugas sebagai Juruukur Bahan. Bermula sebagai sebagai Jurukur Bahan. Minat beliau dalam durian komersial telah berputik lama melalui pelaburan dalam pembelian tanah seluas 10 ekar di Terengganu. Merupakan anak jati Terengganu, beliau kini sedang membersihkan ladang sawit untuk memajukan penanaman durian komersial di atas tanah tersebut.



AJK 3 - Biro - TUAN HAJI MOHAMAD BIN JAAFAR


Tuan Hj. Mohamad telah berkecimpung dalam dunia perbankan semenjak beliau tamat pengajian. Setelah mencapai umur persaraan, beliau telah kembali menetap di Bangi dan mengusahakan semula kebun durian dan buah-buahan peninggalan Allahyarham ayah beliau di Jasin. Kebun seluas 3 ekar miliknya bersebelahan dengan adik dan abang beliau yang berkeluasan 11 ekar. Pokok-pokok durian dan buah-buahan telah berusia 40 lebih tahun dan telah mengeluarkan banyak hasil dan juga mendapat sijil MyGAP sebelum ini. Kini beliau mengusahakan kebun ini secara sepenuh masa bersama beberapa orang pekerja.  


MENTOR DAN PAKAR RUJUK


TUAN HAJI MOHD LOKMAN BIN MOHD ISA


Tuan Hj Mohd Lokman berpengalaman luas dalam bidang pertanian durian di Malaysia termasuklah durian komersial. Beliau telah bersama-sama membangunkan pemasaran durian komersial sejuk beku ke luar negara semasa berada di FAMA. Beliau telah berkhidmat di FAMA selama 33 tahun dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarah Kanan selaku Pengurus Operasi FAMA Wilayah Pahang Barat (Jerantut, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Bera).

Antara tugas-tugas beliau di FAMA adalah:

i. Membangun industri durian negara - Jawatankuasa pembangunan & pemasaran durian sejuk beku - terlibat secara langsung dengan kajian pemprosesan durian sejuk beku sejak tahun 1995 sehingga bersara - membangunkan SOP pemprosesan durian sejuk beku - mewakili FAMA bagi mempromosi durian sejuk beku di luar negara, China - memberi khidmat konsultasi untuk sektor swasta membina kilang pemprosesan durian sejuk beku - bertanggungjawab menganalisa dan memberi maklumat anggaran kuantiti dan masa pengeluaran durian bagi setiap musim juga menganalisa anggaran jangkaan harga untuk kegunaan pemain-pemain industri durian dan jabatan berkaitan 

ii. Juru Perunding & Penceramah - Memberi khidmat nasihat berkenaan pengendalian dan pemasaran hasil-hasil pertanian berkait dengan akta 141 FAMA. 

iii. Mengendalikan perkhidmatan urusniaga FAMA di pusat operasi FAMA wilayah Pahang Barat (Jerantut, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Bera) - Mewujudkan sistem penyelesaian masalah pemasaran hasil-hasil pertanian - Menjalankan aktiviti urusniaga FAMA

Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Koperasi Industri Durian Malaysia Berhad (KIDMAS).



AHLI JAWATANKUASA PENAJA 2020

PENGERUSI - DATUK ROZLAN BIN RAZALI [63 TAHUN]

TIMBALAN PENGERUSI - TS. DR YUSRI BIN ARSHAD [48 TAHUN]

NAIB PENGERUSI - DATUK SHARUDDIN BIN YUSOF [56 TAHUN]

SETIAUSAHA - TUAN YUSRI BIN DAUD [50 TAHUN]

PENOLONG SETIAUSAHA - TUAN MOHAMAD HANIZAR BIN SAMAT [39 TAHUN]

BENDAHARI - TUAN MOHD NAZEB BIN MAROF [39 TAHUN]

AJK 1 - Biro - TUAN MOHD NOHAN BIN SALIM [57 TAHUN]

AJK 2 - Biro - TUAN RAMLI BIN ISMAIL [53 TAHUN]

AJK 3 - Biro - PUAN NURHAZISAFRINA MOHAMMAD @ AB AZIZ 


Pencinta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Penaja 2020 yang banyak membantu dalam persediaan dan pendaftaran persatuan di Pertubuhan Pendaftaran Persatuan Malaysia cawangan Melaka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perkhidmatan dan Soalan Lazim

Persatuan menyediakan perkhidmatan A-Z kepada ahli dan bukan ahli dengan kadar bayaran berpatutan seperti: Penyediaan awal tapak tanaman; Me...