Ahad, 15 November 2020

Produk Pencinta

Produk-produk dibawah adalah Pakej lengkap A-Z pokok merangkumi semua aspek tumbesaran pokok. Bahan kandungan adalah berkualiti. 


NB: Harga runcit dikemaskini pada 1/5/2021

Pencinta memasarkan produk-produk rakan strategik seperti berikut:


APA ITU ORGANIK???

Perkataan ‘organik’ bermaksud cara makanan tersebut dihasilkan iaitu melalui proses semula jadi sepenuhnya dan mesra alam.


Makanan organik terbahagi kepada dua jenis iaitu tumbuhan dan haiwan.



APA ITU NPK???

Maksud NPK pada baja, elemen yang terdapat di dalam kandungan baja iaitu, (N) ialah Nitrogen, (P) Phosphorus dan (K) mewakili Kalium ataupun Potasium.

Contoh : NPK 16 : 16 : 16

Baja yang saya beli terkandung perkara berikut:

  1. Nitrogen 16%
  2. Phosphorus 16%
  3. Kalium 16%

Jumlah kesemua nutrien yang terdapat di dalam baja ialah 48%. Persoalannya, mana pergi lagi 52% untuk genapkan kepada 100%?

Baik, di dalam setiap bungkusan baja, terdapat juga elemen lain yang disebut lengai seperti tanah dan juga pasir. Elemen ini yang menggenapkan kuantiti kepada 100% dari baja. Yang diserap oleh pokok, ialah sumber NPK, Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Boron (B), Manganese (Mn)

Keterangan Unsur Nitrogen (N)

Nitrogen (N), merupakan unsur yang bertindak untuk pembesaran daun tumbuhan dan tanaman. Nitrogen terdapat di dalam ruang udara dan juga di dalam tanah. Kesemua tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang berdaun hijau menggunakan Nitrogen.

Klorofil adalah bahan yang terkandung di dalam daun hijau berfungsi untuk tujuan Fotosintesis membina struktur daun dari pengambilan Nitrogen. Walaupun kandungan Nitrogen tinggi di dalam udara, tumbuhan tidak dapat melakukan serapan melalui udara, sebaliknya tumbuhan serap Nitrogen yang dibekal melalui tanah iaitu baja yang mengandungi unsur (N).

Kesan Kekurangan Nitrogen (N)

  • Tumbuhan yang kekurangan Nitrogen (N), akan mengalami masalah daun berwarna kuning bermula dari bahagian pucuk dan perlahan-lahan akan kuning ke seluruh daun.
  • Tumbuhan yang kekurangan Nitrogen juga, akan terbantut dalam proses tumbesaran.

Kesan Terlebih Nitrogen (N)

  • Tumbuhan yang mempunyai Nitrogen yang tinggi, akan mengakibatkan daun akan menjadi begitu banyak dan berat sehingga menyebabkan batang tanaman tidak stabil dan akhirnya patah.

Keterangan Unsur Phosphorus (P)

Phosphorus (P), merupakan unsur yang bertindak untuk pembesaran akar bagi setiap tumbuhan. Phosphorus dapat menyihatkan sistem akar tanaman dan mencambahkan akar kepada keadaan yang lebih baik. Akar yang subur mampu lakukan serapan segala nutrien yang terkandung di dalam tanah melalui sel kutikel yang aktif pada hujung akar.

Phosphorus juga berperanan untuk menggalak tumbuhan berbunga apabila tiba waktunya atau pada peringkat reproduktif. Peranan Phosphorus sememangnya signifikan di dalam penghasilan bunga dan buah dan ianya juga hasil dari bahan yang mereput seperti hidupan dan tanaman yang telah mati.

Kesan Kekurangan Phosphorus (P)

  • Daun pada tumbuhan atau tanaman akan kelihatan kekuningan dan tidak segar.
  • Tanaman kurang berbunga

Keterangan Unsur Kalium (K) – Potasium

Kalium (K), atau lebih dikenali sebagai Potasium, amat penting untuk tumbesaran setiap jenis tanaman. Kalium juga membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah.

Unsur Kalium (K), adalah kunci kepada pembentukan Clorophyl dalam daun. Baja yang terkandung unsur Kalium kebiasaannya diberikan kepada tanaman yang melepasi peringkat Vegetatif.

Kesan Kekurangan Kalium (K)

  • Kekurangan Kalium akan menyebabkan bunga serta buah yang bersaiz kecil atau terbantut.
  • Tumbuhan akan kelihatan tidak sihat dan lemah.

Kebaikan Kalium (K)

  • Kalium dapat membantu tanaman melawan pelbagai jenis penyakit.
  • Mempercepatkan proses pembesaran tanaman.


Baja

 ORGANIK BEBAS NAJIS HAIWAN

✔️ Selamat 100% berasaskan tumbuhan

MENGANDUNGI UNSUR² N.P.K


SERBUK HALUS & SERAPAN SEGERA


1) Baja Organik 25kg/beg. Harga runcit RM35.00/beg

Bio Organic Compost + MgO + TE (High Humic and Fulvic Acid)

With Biocontrol properties

Non chemical organic compost. Free from Animal Waste.

Soil conditioner

Beg baru 25kg RM35.00

Beg lama 40kg RM56.00

2) Baja Kimia Compact (baja subur) 25kg/beg. Harga runcit RM69.00/beg

Premium

15-15-15-2-3S

Tanpa klorida

25kg RM69.00


3) Baja Kimia Compact (baja buah) SOP base 25kg/beg. Harga runcit RMXX/beg

Premium

8:5:20-2-8S+B 0.5

Tanpa klorida

Kehabisan stok



4) Baja Kimia Compact (baja sawit) MOP base 25kg/beg. Harga runcit RM52.00/beg

Premium

10-5-25-2+B0.5

25kg RM52.00


Foliar

1) Foliar cecair (baja daun) 4 liter/botol. Harga runcit RM150.00/botol

11-8-6+2 MgO + TE with Non-ionic surfactant

Teknologi Kanada

4 liter RM150.00


2) Foliar cecair (baja daun) 1 liter/botol. Harga runcit RM45.00/botol

11-8-6+2 MgO + TE with Non-ionic surfactant

Teknologi Kanada

1 liter RM45.00


3) Foliar cecair (baja buah) 4 liter/botol. Harga runcit RM160.00/botol

5-8-10+2 MgO + TE

With Non-ionic Surfactant

Teknologi Kanada 

4 liter RM160.00


3) Foliar cecair (baja buah) 1 liter/botol. Harga runcit RM47.00/botol

5-8-10+2 MgO + TE

With Non-ionic Surfactant

Teknologi Kanada 

1 liter RM47.00


Trichoderma

1) Trichoderma serbuk 1 liter/botol + Air gula merah set. Harga runcit RM195/botol set

Ejen Biokawal Super

Untuk tanah dan tanaman

Berkesan terhadap penyakit Kulat dan Bakteria

Untuk mencegah, mengawal dan merawat pathogen tumbuhan dan tanah

1 liter set RM195.00


CALCIUM dan BORON

1) BM King Hydro Plus (Biru) 4 liter. RM185/botol

4 liter RM185.00


2) BM King Hydro Plus (Biru) 1 liter. RM50/botol

1 liter RM50.00


Makronutrien ialah elemen penting ynag digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dalam kuatiti yang besar untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Setiap unsur-unsur ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk nutrisi tumbuhan. Makronutrien utama ialah Nitrogen (N), Phosphorus (P), Potash (K), Sulfur (S), Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). FUNGSI UTAMA KALSIUM :- 1. Amat diperlukan utk pertumbuhan meristem hujung pucuk & akar 2. Penting di dlm pembentukan dinding sel tumbuhan 3. Perlu di dlm proses fotosintesis 4. Aktifkan enzim di dlm metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein & asid amino 5. Berperanan di dlm pembahagian sel dan pertumbuhan tanaman dgn membantu di dlm penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman 6. Membantu di dlm proses mematangkan stem 7. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit 8. Mengatur di dlm penutupan & pembukaan liang stomata 9. Memperbaiki tekstur buah FUNGSI UTAMA BORON :- 1. Diperlukan di dlm penguraian karbohidrat 2. Penting utk pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk 3. Perlu di dlm proses fotosintesis 4. Aktifkan enzim di dlm metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein & asid amino Peranan utama boron berkaitan dengan: Metabolisma karbohidrat Menggalakkan pertumbuhan akar Sintesis protein Pembentukan biji benih Pembentukan dinding sel Kadar Pembentukan dinding sel Pengangkutan kanji İntegriti membran Pendebugaan dan persenyawaan Metabolisma sid nukleik Pengligninan Respirasi


Michoriza

1) Rhizagold 20kg. RM140/beg

Ejen penggalak akar 

20kg RM140.00


Cuka Kayu

1) BM King Hydro Plus (Kuning) 4 liter. RM75/botol

4 liter RM75.00

2) BM King Hydro Plus (Kuning) 1 liter. RM23/botol

1 liter RM23.00


Jangan guna racun kimia ya! CUKA KAYU kan ada, *ORGANIK* pulak tu. Rahsia petani Jepun & Filipina kini terbongkar menggunakan Cuka Kayu dalam pertanian yang tak ramai tahu.
Memang puas hati tengok perubahan pokok selepas penggunaan Cuka Kayu ni. Dah tak perlu risau nak tanam macam2 pokok dihalaman rumah kan? 😍
*Kebaikan Cuka Kayu sgt banyak antaranya:*
✔ Organik! Bebas kimia tow.
✔ Sangat berkesan bagi kawalan binatang perosak seperti ulat beluncas, ulat daun, borer & bena putih.
✔ Bertindak sebagai baja asli dan vitamin untuk cepatkan tumbesaran pokok
✔ Bertindak sebagai penangkis makhluk perosak,mengawal pertumbuhan kulat merbahaya & bakteria
✔membasmi kuman dan menambah kepekatan nitrogen menjadikan tanah lebih sihat
✔mengurangkan kerosakan oleh penyakit tumbuhan dan serangga musuh tanaman
✔menambah jangka hayat tanaman
✔memanjangkan tempoh kesegaran sayur2an buah2an dan bunga2an
✔menghilangkan bau bahan buangan ladang ternakan spt ayam,lembu,kambing dsb
✔ Melebatkan buah & bunga
✔ Mengawal dari serangan kulat dan fungus
🌟 *Rasa macam tak percaya kan? Cuba guna baru tahu 1001 kebaikan Cuka Kayu* 🌟



Hubungi 019-3513188 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut. 







Biodata AJK dan Pakar/Mentor

AHLI JAWATANKUASA 2020 - 2022


PENGERUSI - DATUK ROZLAN BIN RAZALI [63 TAHUN]


Datuk Haji Rozlan adalah graduan dari London School of Economics (LSE), United Kingdom dan juga lulusan ACCA, United Kingdom. Beliau telah ditawarkan berkhidmat dengan Petronas sejak tahun 1992 dan pencen juga dari Petronas pada tahun 2016. Semasa di Petronas, beliau telah di latih untuk mengurus pelbagai bahagian dari Perakaunan, Operasi dan Pelaburan. Jawatan terakhir beliau di Petronas adalah Pengurus bahagian Perniagaan Antarabangsa. Datuk Haji Rozlan mempunyai pengalaman luas dalam sektor petroleum dan gas.


TIMBALAN PENGERUSI - TS. DR YUSRI BIN ARSHAD [48 TAHUN]


Ts. Dr. Yusri bin Arshad mempunyai pengalaman kerja selama 25 tahun selepas Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Glamorgan (South Wales), United Kingdom pada 1995. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perakaunan dan kewangan serta pengurusan di syarikat Berhad dan Sdn Bhd selama 13 tahun sebelum berkecimpung dalam bidang ICT dan audit. Beliau telah menjadi perunding audit SOX 404 di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 2007. Ts. Dr. Yusri telah mula melakukan penyelidikan sejak mula bekerja di Fakulti ICT, UIAM pada tahun 2006 dan melanjutkan pengajian PhD pada 2007. Sejak mendaftar PhD, beliau melakukan banyak penyelidikan projek berkaitan bidang Sistem Maklumat dan Teknologi Maklumat bersama penyelia dan penyelidik-penyelidik di KICT dan UIAM. Setelah tamat PhD, beliau mendapat tawaran berkhidmat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT). Beliau mahir dalam pengurusan, ICT, perakaunan dan kewangan dalam pelbagai sektor termasuk durian komersial.


NAIB PENGERUSI - DATUK SHARUDDIN BIN YUSOF [56 TAHUN]


Dato Sharuddin bin Yusof adalah merupakan bekas kakitangan di Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka LKWJ. Latarbelakang Pendidikan Diploma dalam Pengurusan Projek, UMP. Sekarang beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan di Syarikat sendiri iaitu PUM Global Resources Sdn Bhd yang terlibat dengan Industri Pembinaan dan Pemaju Perumahan. Beliau berpengalaman dalam permohonan Tanah Kerajaan Negeri untuk dimajukan dalam sektor Pembangunan Perumahan dan Industri. dengan minat yang mendalam, beliau telah memulakan projek penanaman kebun durian di Pahang. Pengalaman beliau dalam badan-badan NGO adalah seperti i) Timbalan Presiden Malaysian Numismatic Society, ii) Presiden Kelab Warisan Numismatik Malaysia, iii) Ajk Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, dan iv) Ajk Persatuan Rehda Pahang.


SETIAUSAHA - TUAN YUSRI BIN DAUD [50 TAHUN]


Tuan Yusri Daud mempunyai pengalaman kerja selama 30 tahun dan berpengalaman luas dalam bidang jualan dan penanaman durian dan alat jentera. Paling menarik adalah beliau pernah menyertai PDRM sebelum bertukar kerjaya kepada jualan alat ganti kilang sawit dan jentera berat di Segamat, Johor selama hampir 20 tahun. Kemudian beliau mula menceburi bidang penanaman durian sejak tahun 1990 dengan anak benih yang dibekal oleh jabatan pertanian. Beliau telah menjual pelbagai jenis durian dan mencipta kaedah untuk durian tahan lama. Salah satu nya adalah kaedah sejuk beku durian untuk dihantar ke Lembah Klang.


PENOLONG SETIAUSAHA - TUAN MOHAMAD HANIZAR BIN SAMAT [39 TAHUN]

Tuan Mohamad Hanizar dilahirkan di Beseri, Perlis dan kini mengusahakan penanaman padi dan buah-buahan di Beseri. Beliau tamat pengajian dari Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani. Beliau juga mengusahakan gerai makan sebelum memulakan tanaman durian. Walaubagaimanapun, minat beliau lebih kepada pertanian. Sejak kecil beliau telah membantu ayahnya dalam pertanian. Bagi melangsungkan tanah peninggalan almarhum ayah beliau, tanah tersebut diusahakan dengan tanaman padi dan durian serta buah-buahan.


BENDAHARI - TUAN MOHD NAZEB BIN MAROF [39 TAHUN]

Tuan Mohd Nazeb berpengalaman luas dalam industri pembuatan baja dan penanaman sawit dan durian. Sejak kecil beliau telah membantu ibubapa beliau mengusahakan sawit dan durian di Johor. Kemudian beliau ingin belajar lanjut pembuatan baja dan telah memohon bekerja dengan Felda Group Ventures Fertilizer (FGVF). Di situlah beliau mendalami cara kerja pembuatan baja di FGVF terutama sekali pembuatan baja butiran keluaran FGVF fertilizer. Beliau telah berkhidmat di FGVF yg dahulu dikenali FPM Sdn Bhd selama 21 tahun. Pengalaman luas penanaman kelapa sawit dan durian membolehkan beliau mengusahakan kebun durian komersial pada masa sekarang.


AJK 1 - Biro - TUAN MOHD NOHAN BIN SALIM [57 TAHUN]


Tuan Mohd Nohan mempunyai pengalaman luas di bidang pengurusan bangunan dan pelaburan. Sejak tamat pengajian tinggi, beliau telah menyertai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga kini. Jawatan terkini beliau di KWSP adalah Pengurus Cawangan KWSP. Mempunyai hobi yang aktif iaitu memanjat bukit dan gunung di masa lapang. Kini beliau bergiat aktif dalam pelaburan hartanah dan merancang untuk membina resort dan ladang durian. Beliau mempunyai pengalaman kerja selama 35 tahun dalam pelbagai bidang.


AJK 2 - Biro - TUAN RAMLI BIN ISMAIL [53 TAHUN]


Tuan Ramli merupakan seorang graduan bidang Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau kini adalah Pengarah Urusan  bagi tiga buah syarikat  pembinaan milik beliau sendiri. Beliau telah membina kerjaya dalam bidang pembinaan sejak 30 tahun yang lalu. Pada tahun 1990, beliau telah menyertai RME Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat Kontraktor Pembinaan Kelas A yang beralamat di Kuala Terengganu dan bertugas sebagai Juruukur Bahan. Bermula sebagai sebagai Jurukur Bahan. Minat beliau dalam durian komersial telah berputik lama melalui pelaburan dalam pembelian tanah seluas 10 ekar di Terengganu. Merupakan anak jati Terengganu, beliau kini sedang membersihkan ladang sawit untuk memajukan penanaman durian komersial di atas tanah tersebut.



AJK 3 - Biro - TUAN HAJI MOHAMAD BIN JAAFAR


Tuan Hj. Mohamad telah berkecimpung dalam dunia perbankan semenjak beliau tamat pengajian. Setelah mencapai umur persaraan, beliau telah kembali menetap di Bangi dan mengusahakan semula kebun durian dan buah-buahan peninggalan Allahyarham ayah beliau di Jasin. Kebun seluas 3 ekar miliknya bersebelahan dengan adik dan abang beliau yang berkeluasan 11 ekar. Pokok-pokok durian dan buah-buahan telah berusia 40 lebih tahun dan telah mengeluarkan banyak hasil dan juga mendapat sijil MyGAP sebelum ini. Kini beliau mengusahakan kebun ini secara sepenuh masa bersama beberapa orang pekerja.  


MENTOR DAN PAKAR RUJUK


TUAN HAJI MOHD LOKMAN BIN MOHD ISA


Tuan Hj Mohd Lokman berpengalaman luas dalam bidang pertanian durian di Malaysia termasuklah durian komersial. Beliau telah bersama-sama membangunkan pemasaran durian komersial sejuk beku ke luar negara semasa berada di FAMA. Beliau telah berkhidmat di FAMA selama 33 tahun dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarah Kanan selaku Pengurus Operasi FAMA Wilayah Pahang Barat (Jerantut, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Bera).

Antara tugas-tugas beliau di FAMA adalah:

i. Membangun industri durian negara - Jawatankuasa pembangunan & pemasaran durian sejuk beku - terlibat secara langsung dengan kajian pemprosesan durian sejuk beku sejak tahun 1995 sehingga bersara - membangunkan SOP pemprosesan durian sejuk beku - mewakili FAMA bagi mempromosi durian sejuk beku di luar negara, China - memberi khidmat konsultasi untuk sektor swasta membina kilang pemprosesan durian sejuk beku - bertanggungjawab menganalisa dan memberi maklumat anggaran kuantiti dan masa pengeluaran durian bagi setiap musim juga menganalisa anggaran jangkaan harga untuk kegunaan pemain-pemain industri durian dan jabatan berkaitan 

ii. Juru Perunding & Penceramah - Memberi khidmat nasihat berkenaan pengendalian dan pemasaran hasil-hasil pertanian berkait dengan akta 141 FAMA. 

iii. Mengendalikan perkhidmatan urusniaga FAMA di pusat operasi FAMA wilayah Pahang Barat (Jerantut, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Bera) - Mewujudkan sistem penyelesaian masalah pemasaran hasil-hasil pertanian - Menjalankan aktiviti urusniaga FAMA

Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Koperasi Industri Durian Malaysia Berhad (KIDMAS).



AHLI JAWATANKUASA PENAJA 2020

PENGERUSI - DATUK ROZLAN BIN RAZALI [63 TAHUN]

TIMBALAN PENGERUSI - TS. DR YUSRI BIN ARSHAD [48 TAHUN]

NAIB PENGERUSI - DATUK SHARUDDIN BIN YUSOF [56 TAHUN]

SETIAUSAHA - TUAN YUSRI BIN DAUD [50 TAHUN]

PENOLONG SETIAUSAHA - TUAN MOHAMAD HANIZAR BIN SAMAT [39 TAHUN]

BENDAHARI - TUAN MOHD NAZEB BIN MAROF [39 TAHUN]

AJK 1 - Biro - TUAN MOHD NOHAN BIN SALIM [57 TAHUN]

AJK 2 - Biro - TUAN RAMLI BIN ISMAIL [53 TAHUN]

AJK 3 - Biro - PUAN NURHAZISAFRINA MOHAMMAD @ AB AZIZ 


Pencinta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Penaja 2020 yang banyak membantu dalam persediaan dan pendaftaran persatuan di Pertubuhan Pendaftaran Persatuan Malaysia cawangan Melaka.


Syarat Keahlian dan Borang

 Syarat-syarat dan Manfaat Keahlian Pencinta

1) Seorang individu yang waras, bebas dari kes jenayah dan tidak muflis disisi undang-undang.

2) Ahli biasa berumur 25 tahun keatas. Ahli remaja berumur bawah 25 tahun.

3) Yuran ahli biasa dan bersekutu adalah RM100.00 setahun dan yuran ahli remaja adalah RM50.00 setahun.

4) Yuran seumur hidup adalah sebanyak RM300.00 untuk semua kategori.

5) Hanya ahli biasa yang layak mengundi semasa mesyuarat Agung dwitahunan.

6) Manfaat keahlian antaranya adalah:

a) Bimbingan dan nasihat keseluruhan pertanian durian komersial dari badan berautoriti dan pakar durian komersial seperti mentor Tn Hj Lokman b) Bimbingan pengurusan kebun/ladang oleh AJK/Perunding c) Pengkomersialan hasil ahli mengikut syarat yg ditetapkan oleh Pencinta d) Diskaun bahan input BM King mengikut jumlah kuantiti produk e) Ikatan persahabatan dan ukhuwwah sesama ahli Pencinta f) Bersama memajukan industri durian komersial di Malaysia dan Antarabangsa g) Yuran seumur hidup atau tahunan yang murah untuk pekebun durian komersial h) Kursus-kursus pada harga yuran diskaun i) Perjumpaan berkala ahli mengikut jadual kursus 4 kali setahun dan mesyuarat tahunan j) Berpeluang menjadi ahli koperasi dan menerima dividen k) Ahli yang membeli bahan input 3 tertinggi jumlah tahunan akan menerima saguhati dari Stokis BM King l) Ahli berpeluang menyertai umrah, rehlah sambil belajar luar negara, melawat secara berkumpulan ke ladang-ladang di luar negara pada harga berpatutan m) Berpeluang menjadi jutawan durian komersial sebagai usaha Pencinta membangunkan pekebun kecil dan sederhana ke peringkat global n) Ahli bersekutu yang tiada kebun/ladang boleh melabur dalam koperasi seperti projek usahasama ladang durian komersial bersepadu skala sederhana dan besar dan menerima dividen dari hasil yang dikomersialkan oleh koperasi


Akaun Persatuan Pekebun Pencinta Durian Malaysia : BIMB 04042010021233

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN PENCINTA 2021 YBhg Tan sri/Datuk/Dato/Profesor/Dr/Tuan/Puan/Cik, Permohonan keahlian Pencinta dibuka mulai sekarang. Sila isi semua maklumat mengikut arahan yang terdapat di borang atas talian. NB: Sediakan gambar digital saiz paspot terkini dan gambar digital Mykad/Tentera/Polis depan dan belakang untuk dimuatnaik. Bayaran keahlian boleh di masukkan ke akaun Pencinta setelah akaun dibuka kelak. Klik pautan ini untuk pergi ke borang https://rb.gy/uqobif Sekian. Terima kasih. Boleh hubungi 0199317887 untuk sebarang pertanyaan SENARAI AJK 2020-2022 DAN WAKIL-WAKIL NEGERI 1. 1001 PENGERUSI - DATUK ROZLAN BIN RAZALI, NEGERI SEMBILAN 2. 1002 TIMB. PENGERUSI - TS. DR YUSRI BIN ARSHAD, MELAKA 3. 1003 NAIB PENGERUSI - DATUK SHARUDDIN BIN YUSOF, PAHANG 4. 1004 SETIAUSAHA - TUAN YUSRI BIN DAUD, NEGERI SEMBILAN 5. 1005 BENDAHARI - TUAN MOHD NAZEB BIN MAROF, JOHOR 6. 1006 AJK - TUAN MOHD NOHAN BIN SALIM, SELANGOR 7. 1007 AJK - TUAN RAMLI BIN ISMAIL, TERENGGANU 8. 1009 AJK - TUAN HJ MOHAMAD BIN JAAFAR, SELANGOR 9. 1008 TIMB. SETIAUSAHA - TUAN MOHAMAD HANIZAR BIN SAMAT, PERLIS Senarai nama-nama dan nombor keahlian diatas boleh ditulis di ruang Permohonan direkomen oleh _____ (Nama Penuh Ahli dan Nombor Keahlian)

Perkhidmatan dan Soalan Lazim

Persatuan menyediakan perkhidmatan A-Z kepada ahli dan bukan ahli dengan kadar bayaran berpatutan seperti:

  • Penyediaan awal tapak tanaman;
  • Membekal benih penanti;
  • Membuat cantuman durian Musang King dan Duri Hitam di kebun;
  • Membekal baja, foliar, cuka kayu dll yang berkaitan;
  • Mengumpul hasil tanaman dan pemasaran; dan 
  • Membuat produk hiliran berasaskan durian.

 



Mesej Pengerusi

Mesej dan Pengerusi,


Assalamualaikum wr wbt dan selamat sejahtera,


Sebagai rakyat Malaysia kami terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan dalam pengkomersialan durian Musang King dan Duri Hitam terutamanya buat masa sekarang. Selama ini ramai pekebun-pekebun mengusahakan secara bersendirian dan ada juga yang tanam untuk sekadar santapan keluarga dan rakan-rakan.

Menyedari hakikat sumbangan durian komersial kepada negara amatlah besar, ahli jawatankuasa dan rakan-rakan telah mendaftar persatuan untuk memenuhi objektif negara dalam pertanian durian dan pengkomersialan dalam dan luar negara secara khususnya.

Dengan ini, kami menyeru agar lebih ramai pekebun menyertai keahlian Persatuan Pekebun Pencinta Durian Malaysia dan bersama-sama membangunkan sektor pertanian ini ke tahap yang lebih tinggi.


Sekian,

Datuk Rozlan Razali

 


Perkhidmatan dan Soalan Lazim

Persatuan menyediakan perkhidmatan A-Z kepada ahli dan bukan ahli dengan kadar bayaran berpatutan seperti: Penyediaan awal tapak tanaman; Me...